ANUGERAH NILAM
Pengenalan
Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dijalankan di SMK Bandar Putra. Oleh itu, satu aktiviti telah dicadangkan agar satu program dilaksanakan bagi satu menggabungkan kesemua aktiviti membaca tersebut. Program ini dinamakan sebagai PROGRAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Nilam merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah disamping ianya dapat mendekati program-program anjuran Kementerian atau PSPN Negeri Johor. program ini diharapkan dapat membantu pelajar menerima pengiktirafan yang sesuai di peringkat Negeri. Program ini juga merupakan satu pendekatan bagi mengatasi masalah-masalah penyuburan tabiat membaca di kalangan pelajar.
TOKOH NILAM SEKOLAH
SITI MARDHIYAH LEE BINTI MUHAMMAD HISYAM LEE telah dinobatkan sebagai
TOKOH NILAM SMK BANDAR PUTRA (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN).Beliau adalah pelajar Tingkatan 5 yang mencapai tahap bacaan Nilam dan juga cemerlang akademik. Beliau telah dianugerahkan sijil dan juga hadiah iringan sebagai insentif kepada
usaha beliau selama ini. Semoga apa yang dilakukan selama ini akan menjadi contoh kepada
pelajar yang lain.